Sunday, February 28, 2010

- dah dua angka?? -


see!!!
dah jadi dua angka la... huhu apa pun tak wat lagi ni. ok tipu.
andam, baju nikah semua dah tempah. tapi favor gift, bunga telur, bilik, hantaran tak prepare apa2 lagi ni. alamak!!
nak ajak mak pegi nilai 3, tapi masa pun tersekat. semalam kenduri kahwin my cousin kat changkat lada. tadi pulak ada puputan anak sedara kat sepintas. uh!!! next weekend ada kenduri pulak lagi. yang tu mak abah kena pegi jugak. sudahnya, pegi masa cuti sekolah nanti la gamaknya.

kat sekolah pun tengah sibuk. dengan macam2. tak terkejar dek kaki tangan ni. macam mana ni.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini dengan memberikan kekuatan fizikal dan mental.




tengokla dua gambar atas ni. hari ni aku di tangah2 antara hari pertunangan dan hari pernikahan. 3 bulan 6 hari selepas bertunang dan 3 bulan 6 hari sebelum hari nikah. oh! unik sekali... haha... sempat lagi nak main2 kan. padahal benda besar tu.

ok release tension maa.... untuk diri sendiri je. sedapkan hati. (0_o)



Thursday, February 25, 2010

- exhausted..mau pengsan sudah -

hari yang sangat penat. sangat letih. terlalu. macam nak tercabut segala urat sendi.

bermula pagi,
terkejar2 dengan surat2 sumbangan dinner untuk edar pada budak2. then masuk kelas jaga exam tahun 1. dengan kertas tak cukup. pegi naik office. rupanya set original dah takde. (cikgunya dah amik balik) turun kelas, pinjam 1 paper budak. naik balik ofis untuk fotostat. turun. masa ni la aku termenangis. sebab dah penat sangat. nasib baik budak2 tu tak perasan. (tak malu sungguh. tah pape cikgu menangis...)
naik balik, buat surat untuk jurulatih hoki. turun. terjumpa Mr Raj, suruh print surat sponsor. naik lagi. dah terlambat pulak untuk relief kelas tahun 3. dah terpaksa pulak diorang amik paper tu terlambat. 20 minit!!!

abes tu, pegi pulak join guru2 persembahan dinner. lepas tu tengok budak2 cheer rumah kuning. lari kejap untuk budak2 hoki kat library. bincang punye bincang. dah 3.30. siapkan buku rekod. kemas2.

pukul 4. balik..

saya penat. fizikal. mental. saya harap saya tak gila.

p/s : tengok! tak sempat nak pikir pasal big day pun. huhu...


Tuesday, February 23, 2010

- pelamin idaman -

Assalamualaikum..
macam mana preparation b2b semua... sure ok,kan? saya jugak yang sangkut. makin kalut kat sekolah sekarang ni sebab dinner amal dah semakin dekat. meja banyak lagi tak terjual. mari.. mari.. mari.. membeli sambil beramal untuk CBN 2. di samping tu boleh makan2 dan berhibur bersama artis kecil molek CBN 2... (abes sudah aku promot dinner CBN 2 tau... )

lepas dinner, sukan tahunan sekolah pulak. terkejar2 cikgu2 yang incharge persembahan. kesian mereka. (aku juga!!!)

preparation big day pulak yang terstop sekejap. beri laluan hal2 kerja. nasib baiklah wedding aku bulan 6.. syukurrr....

update pasal gambar. sudah terang lagi bersuluh en.Alang dengan teguhnya tidak mahu. hari tu chatting baru tanya intro dia terus memangkah "nak gambar apa lagi..............." panjang tu. cancelled terus aku mahu membodek. akhirnya, OP aku gunakan juhaida. tapi memang kena cakap awal2 yang aku mahukan candid je sebab en.Alang tak mau posing. huh!kesian kan...

tadi pulak, menggoogle pelamin2 yang cantik. sangat banyak. dan pastinya ada yang menjadi idaman. macam korang jugak,kan.. aku juga begitu. sebenarnya dah pick pelamin dengan mak andam masa booking ari tu. tapi macam tak masuk kategori idaman la. boleh tak ek minta kat mak andam supaya tukar2 sikit. kena marah tak agak2? huhu...

aku cuma mahu yang simple. tak serabut. tak perlu banyak2 bunga. tak perlu tiang2 segala. sekadar tirai di belakang yang bersesuaian. mudah tak? macam gambar2 kat bawah ni. sumber semua dari pakcik google.




abaikan hantaran tu ye. suka sangat lagi2 ada pomander ball tu..

harapannya mau buat pomander ball untuk digantung di pelamin seperti di atas. juga digantung di dalam bilik. mampukah aku membuatnya. banyak cara, pakai crepe paper, pakai bunga2.. tapi aku berminat untuk pakai crepe paper. murah tapi agak rumit berbanding pakai bunga terus cucuk je. persoalannya... mampukah aku? huhu...
doa2kan lah aku ye..


Sunday, February 21, 2010

- weekend yg lame -

weekend yang entah pape...
haha...lepak je dgn aufa kat umah dia. makan tido tv. yeay!!!! (abisla aku....)
mula2 cadang nak cari tudung untuk baju pasang dgn kotak kat jalan tar. tiba2 aufa bg cadangan lepak umah dia makan kopok lekor + nak amik telekung yang dia beli. haha...gitulah.

lepas tu tetiba pulak planning make over menjadi pulak. muahahaaa....konon dh nak dekat nanti br nak buat. la ni, dan2 tu jugak terus.. nasib ko la duit. mengalir macam air terjun niagara... fuuuuu.... laju je. dila..dila... tak sedar diri lagi tu!

oh ye!telekung aufa beli sangat cantik! tima kaseh aufa...sayang dia! haha....

lagi 1 update checklist. berjaya memujuk kak nadiah untuk jadi bridesmaid.yeay!!!! big hug to kak nadiah.. muah..muah..muah... nak kena belikan dia kain nk buat baju ni. bila pulak aku nak cari ni. huhu....
minggu ni kena habis beli barang2 hantaran untuk bagi en.Alang. supaya senang dia nak bawak balik kampung nanti. cepat..cepat..

oh..oh.. masa yang sangat pack. buka sekolah ni ujian bulanan. next week pulak tournament hoki. lepas tu ready untuk kem kepimpinan pastu dinner..waaa.... full. pack giler!! lotih maklang ni haa...

p/s : macam malas nak pegi sekolah esok. boleh? huhu...

Friday, February 19, 2010

- photoshoot -

tau tak apa yang paling saya inginkan bila dah dekat2 nak big day ni.
photo shoot!
tak kira shoot ms big day ke, pre-wed ke.. tak kisahla asalkan photoshoot yang cantik bersama en.Alang terchenta.. tapi sayangnya en.Alang tak suka, tak mau dan yang seangkatan dengannya lah. sedih saya. sangat2 sedih. hilang semangat terus bila pikir pasal ni tau. seronok bila tgk website2 photog, gambar kawan2 kawen. cantik2 semuanya. saya pun mau begitu... siap aufa offer lagi nak buatkan pre-wed shoot kat putrajaya. tapi saya yakin e.Alang sure tak mau. (
boleh ke cuba2 untuk tanya.. saya takut jwpn -ve, so saya langsung tak tanya.)
en.Alang tak berhati perut,kan...?huhuhu....

semua adalah hasil tembakan digital syndicate
atau nak lebih lagi sila ke SINI

yang ni pulak sebenarnya my ex-schoolmate. dia kawen jun 2009. sgt teruja bila tgk gmbr kawen diorang ni.. cantik. lagi pulak her OP make her pics as banner utk website dia. waaa.....sungguh best! tp mmg sgt jeles tau...


sumber boleh dapat SINI.

oh ye...saya memang sangat suka outdoor photoshoot!
pencinta alam katanya.. hehe..

Thursday, February 18, 2010

- layan blues lagi -

1st time dengar lagu ni masa tgh baca blog B2B ika radiusite.. terus jatuh hati. (bosannya ko dila...) rupa2 nya penyanyi indie Melda Ahmad. jom!

aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu

kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku

bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu

layan.....lalalala...


- update checklist -

1) borang2 - belum
- sijil kursus him - on the road
- sijil kursus her -
DONE
2) Caterer - abah DONE with orang kampung
3) Bunga Telur - in progress (kakak to proceed)
4) Kad Jemputan - menunggu disiapkan dan bayaran akhir
5) Hantaran for him - wallet jam shirt
kasut, rayban, kek, al-quran
6) Hantaran for her - jam, beg+
kasut, telekung, maskahwin+gelang, kainpasang+tudung
7) bunga hantaran DIY - belum
8) Nikah Outfit - kain sent to tailor
9) Bersanding Outfit
9.1) sebelah perempuan - booked with deposit
9.2) sebelah lelaki - pakai baju nikah
9.3) make up & pelamin - booked with deposit
10) Tudung for all outfit - belum
11) hand bouquet - still thinking
12) Photographer - hope juhaida will be there for me
13) doorgift - belum
13.1) VIP -
dah dapat idea tapi tak beli lagi
13.2) Tetamu - belum bincang
14) Bilik (langsir,perabot) - belum
15) PA sistem - abah to proceed
16) Khemah -
DONE pakai khemah merah putih tuuu...

setakat ni je update checklist. esok2 sure bertambah lagi. sebab sekarang tak dapat nak pikir ape lagi....


Tuesday, February 16, 2010

- petua 2 -

Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Ketiak Hitam
Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.

- ini barula dikatakan "bajet kecik, selera beso" -

selepas berdating dgn kawan2, berdating pulak dengan en.Alang..mengambil kesempatan sale CNY untuk membeli barang2 hantaran yang masih dalam proses untuk diselesaikan. (wah...skema gitu..)
siap pesan awal2 dengan en.Alang "awak,objektif keluar hari ni mesti dicapai." pastu mula la dia buat muka. haha aku suka..sebab en.Alang tak suka di push2 untuk memilih barang2 kesukaannya. nasib ler awak. kena jugak, kalau tak taktau bile lagi leh ada sale murah macam CNY ni. dah lepas kawen ada la kot. YES pulak kan..

mula2 cari makan dulu. kesian dia. banyak kali teringin nak makan mee mamak lori kat usj, tapi tiap kali pergi lori tu tak bukak.. sudahnya makan fastfood jugeekkk.. dan2 tu jugak kitorang decide pegi pyramid sbb dah alang2 dekat ngan usj tu. terus terkam kedai spek. duk belek2 rayban tu. tapi tak angkat jugak. haih!letih tau layan en.Alang ni..

jalan punye jalan, dapatla jugak shirt and jam. (syukur aku yang lega. psal dah tak larat nak pikir, bile lagi nak kuar beli barang..walaupun!...harganya mak aii...) sekarang tinggal lagi kasut dgn shade kesayangan dia tu. pah2 ni la pulak. barang aku pun tak abis setel lagi ni.. adeii...

pas cari barang, gi alamanda pulak. memang merantau je aku weekend ni. utara selatan timur barat aku jelajah. makan2, layan movie. balik... lega!

layan la gelagat en.Alang.. candid!!

ahad pulak. join the slissians pegi wedding hanis di bukit jelutong. apa yang sedihnya, lepas ni hanis ikut her husband duk dubai sbb husband dia tu pilot of qatar airways. sedih nak berpisah ngan family n kawan2.. we wish u best of luck, anis.. muahh...

btw, i just love the deco la..sweet nye. (apsal la aku skang ni, asik2 sweet. boring sungguh!) ini la bahana orang nak kawen kan. poyo jek lebih..haha...

just love the fresh flowers...
presenting our sweet fren pn nurhanis....
semalam, sembang dengan mak abah pasal kenduri. abah dah decide untuk tidak jadi menggunakan katering. psal orang2 kampung sudi untuk kejubus bersama2.. alhamdulillah. but abah cadangkan untuk sediakan t-shirt n baju kurung untuk orang2 rewang. hmm... kena menjelajah lagi ni. (aku cadang nak bagi rosette je.huhu...cancelled!)

now, still looking for kotak hantaran, kotak mengkuang, maathurat and...the new one. kain mcm dalam gambar bawah ni untuk bungkus buah. where huh!

p/s : makin dekat, makin sempit ruang masa dan duit.huhu....



Friday, February 12, 2010

- tak puas hati -

just came back from midvalley.. meeting my frens aufa n ina.. tiga2 pergi asing. aufa sampai awal. then aku sampai dlm kul 3. pastu ina lak dtg dalam kul 8. haha... ngarut je kan. tujuan utamanya untuk kami berdua la. mencari sesuatu yang masih dalam pencarian. (eh, apa punye ayat daa....)

siap ada drama lagi tau.. haha

ina la, duk beria2 kata tak jumpa kete aufa kat level tu. apa lagi kalut la kawan sorang tu. dahla hp xde bateri. siap mintak pinam drpd brader sorang yang baru abes berasap. dia pun duk gelak je ngan drama aufa.hehe...

last2 dapat tgk pictures taken early, rupanya kat parking lot yang lain. kaler kuning beza ye dengan kaler purple kawan2.. (
ampuunnn aufa!!hehe)

anyway thanks to aufa yang dah survey awal2 lagi dr jam 12. haha rajin giler... ulang alik je isetan metrojaya.. memenatkan kaki sungguh. memang mau tercabut la kepala lutut ni.huhu... dua pilihan kasut. yg mana 1 berkenan di hati. tungguuuu!!!! (
abaikan saiz kasut yg besar itu ye..hoho)


beg pulak.. punye banyak pilihan, tapi sume tinggal yang display je. sakit nye hati... geram tak puas hati objektif tak tercapai hari ni. huhu lepas ni kena ke destinasi yang lain la pulak.. huhu...

idaman hati dalam kenangan...huhu
esok rehat.
cuti seminggu. banyak agenda ni. sabar.. sabar..
wish me luck ye!!


Tuesday, February 9, 2010

- excited sgt!! akhirnya.... -

hmmm...penat.letih.lesu. semua ada..
dengan kerja. dengan dinner. dengan preparation big day. macam-macam.
tadi lepas kerja terus gi survey barang2 kat ssf dengan kak aisyah... letihnya berjalan tak berhenti.. gitu la gamaknya excited sangat nak kawen. padahal rasanya nanti takdela ye ye sangat kot. nak2 orang tu langsung tak excited je.. huhu sedih...

tak kisahla. aku tetap nak excited. haha.. tapi survey2 pun macam takde yang berkenan je. masih mencari kotak untuk hantaran. tak jumpa yang diinginkan. sesiapa mahu dapatkan untuk aku? plz.... just kotak keras bertutup dan berwarna putih atau purple. taknak corak2 bunga macam dalam gambar bawah ni. tapi kotak yang macam tu la. susahnya nak jumpa.


yang ni pun cantik. tapi tu la bercorak. tak display harga lak tu. isk!.. simple kan., ikat je reben organza tu then letak bunga bila dah letak barang2 nya. aku tak suka yang serabut2 alam ni. huhu...

ni pulak, saje tengok2 untuk cari idea mendeco bilik or rumah. kak aisyah punya la excited. hihi... semangat sungguh dia. aku lak yang lemah semangat. huhu...

eh, tetiba ada budak kecit ni... heheh... rindula budak masyam ni..

dalam proses menanti bulan 6 ni banyak respons, kata2 nasihat, macam2 lah.. jadi seram pulak aku nak kawen. tapi nak jugak! haha tak malu. kepoh je kan.. orang lain nak kawen takde lak kepoh macam aku. tah pape tah.. hmm....

p/s : masih mencari idea untuk doorgift kawan2...idea!idea!
cepat datang!!! ting..ting...ting...


Monday, February 8, 2010

- salahkah aku? -

sangat2 sakit kepala. dah seharian duk menahan sakit. sampai naik juling bijik mata.
ya Allah ya Tuhan... berat sungguh.
mengajar pun rasa tak best sebab kepala berat. cubaan... cubaan...

p/s : confuse dgn orang yg duk terasa kita mempermain2kan dia. padahal kita hanya mahu belajar, salahkah aku???

Sunday, February 7, 2010

- selamat malam -

Selamat Malam by Faizal Tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


satu lagi lagu semakin popular oleh faizal tahir. dia ni kan, kalau ada single baru mesti leh top. bagus betul. best2 lak tu lagu2 dia. pandai dia pilih lagu untuk diri dia. bukanla takat tangkap muat je nak masuk album. pastu jual tak laku, kata peminat tak nak beli pulak.

tapi, yg pentingnya...best kan kalau ada orang nyanyikan lagu ni masa kita nak tidur..
oh..oh sweet nya... (berangan la kunun en.Alang nak nyanyikan utk aku..wekk..) en.Alang tak penah wat ape2 surprise ke, sweet things ke... agak2 leh tak ngade2 nak mintak2 lepas kawen nanti.. hahaha...mengarut!

Saturday, February 6, 2010

- realman bukan xman -

title merapik macam ape je..
tapi sungguh metafora bagi aku.. apa pe je lah.

semalam baru check2 member kat fb memandangkan fb dah menukar layout home dia.. pening2 aku dibuatnya. rupa2nya encik ex sudah mendelete aku daripada friendlist dia.. entah kenapa.. setahu aku xde lak aku buat hal. (dia penah wat mcm ni gak kat frenster sbb kitorang ada penah bergaduh.. mcm budak2..) ok, apsal la plk aku friend dgn ex ni pulak kan..
actually, aku memang baik dgn dia lepas kitorang break up. pasal dia curang dgn aku. huh! aku tak kisah je. sbb kapel pon mcm main2 jek.. la tu aku anggap dia mcm kawan2 aku yg lain gak la. cerita ceriti makwe / pakwe baru ke, keje ke, apape je la. tp, sejak dia tahu aku bertunang dia delete aku. apasal ek? aku assume dia tak kisah sbb sebelum ni biasa je.
takkan dia terasa kot sebab aku tak bgtau dia masa aku bertunang ari tu. bukan apa, aku ni tak ramai kawan lelaki. dengan dia ni la yang aku boleh open minta pendapat ke apa ke, itu pun lepas kitorang break up. so, aku tak nak la hilang kawan macam tu je.(baik tak aku?haha...)

tapi kalau dia sendiri dah taknak kawan, nak buat macam mana kan.. aku ok je. semoga dia berbahagia lah dgn apa yang dia lakukan sekarang.

my realman, en.Alang. (walaupun saya tau dia taktau saya ada blog, sy nak wat pesanan gak. mana tau kot2...) awak tetap no 1 di hati. itu je.


Friday, February 5, 2010

- kedekut! -

oh penat...
malam tadi tidur lambat. pagi ni pulak rushing buat fresh letters untuk dinner. siap pusing satu sekolah tu mencari orang la, apa la.. peh tu pulak, bawak budak2 hoki training di stadium. kak erin bawak diorang naik lrt tapi aku bawak kereta sebab nak ngangkut barang2 keeper set tu. duk ngekor en.Jasmi je sbb taktau jalan dari sekolah. haha.. (
i told u i xtau jalan kl ni...)

pelangi di tangah padang...
balik training, terus join meeting guru ke-2 sampai pukul 2.30.. pastu siap2 setel semua, pegi pulak tengok draf kad. walaupun ada pembetulan here n there tp cantik... tak sabar nak tgk hasilnya. ni yang lagi semangat nak kawin ni. haha.. teruk betul.. ting!ting! en.Alang.....

gazet.. :)

so sekarang, preparation deko hantaran pulak since barang2 nya maybe dapat lambat lagi (
bila la pakcik sorang ni nak soping2 barang dia..) dalam pada tu, aku ada wat gak tq tag.. huhu diy je. xtau la cantik ke tak. nak kena tnya qc dulu lulus ke tak? weee..... untuk doorgidt pulak, plan A nak beli bakul mengkuang tu kalau dapat yang murah (baru tgk blog B2B ni, dia leh dapat murah kt nilai, tapi hari tu aku tak jumpe plk...nak tggu respon dia...) plan B, DIY paper box. pun dapat dari sorang B2B ni, missyanz.. dalam next week baru leh decide betul2..

lagi??
esok2 la...

p/s : sumpah tadi kali pertama dan terakhir aku pegi cimb jln raja muda aziz. huh!

Thursday, February 4, 2010

- petua 1 -

petua2 ni aku dapat dari seorang blogger.KLIK SINI sama2 kita kongsikannya ye..

Menurunkan Berat Badan
- Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Perut Buncit
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.

Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.


- khamis yang full -

tiba hari khamis je mesti akan penat. lepas habis hari khamis je, mmg sure penat+letih..
sebab biasanya meeting mesti hari khamis petang. yang buat penatnya sebab terkejar-kejar nak buat surat, minit, order makan. macam-macam lah.
lepsa meeting pulak mesti akan ada tugas-tugas yang perlu diselesaikan segera. itulah tugas setiausaha.

sekali lagi aku selalunya tak dapat nak memuaskan hati semua orang. pasti akan ada khilafnya. minta maaf kepada sesiapa yang berkenaan kerana jasad ini tidak mampu memenuhi kehendak seperti yang dinyatakan dengan secepat mungkin. terima kasih kepada yang memahami kerana tugas jasad ini bukan 100% dihadapkan kepada kerja2 PIBG. my bussines is teaching. saya perlu mendahulukan bussines saya, jadi pasti akan ada khilaf yang tidak disedari secara tak langsung ketika mengendali tugas2 tambahan.
maaf sekali lagi.


Tuesday, February 2, 2010

- jatuh chenta lagi -

aik?? tajuk macam bunyik2 nak curang je??
haha...mana ada. i setia tau. takde nak pasang 2-3 ni. kehkehkeh...

cuma sekarang i jatuh cinta dengan kaler dark purple atau warna plum bak kata perfect pallette. sungguh!! dulu aku penah cakap dengan sorang cikgu kat sekolah aku tu tau. dia asik pakai baju purple je. mostly baju dia kaler purple. so, aku cakapla "akak ni banyak betul baju purple" dia pun cakap "memang. akak memang suka kaler purple." sudahnya tahun ni aku terjatuh cinta la dengan kaler tu... lagi2 nak kahwin ni kan...lagi la.. haha

takleh tengok benda2 kaler purple. bukan light purple tau.. dark purple!
pantang nampak and i akan buat gedik2 macam budak2 sekolah sekarang nampak adik beradik jonas. haha (boleh ke perumpamaan macam tu..? boleh la kan.. gedik katenye...) ok2. aku dah hiperbola dah.. tah pape..
layan gambar dulu...

cantik...cantikkk..
mau bilik macam ni....oh!! ini lagi cun. eksklusif. kontemporari. berangan jap beli rumah nanti nak buat bilik cun macam ni

aku mau box maacam ni byk2..mane nak cari ek...
ya!!! bouquet yang diidam2kan.. tapi abah wat tak layan jek.. nak try wat jugak..
isk! suka sangat lah...

Monday, February 1, 2010

- sungguh! mahu menangis.. -

sungguh!
aku sangat rindu en.Alang.. macam tak biasa je lama2 tak berjumpa. tapi taktau la kali ni kenapa mengada terlebih. sampai rasa nak menangis aku rindu pada dia.

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini.
Kuatkan semangatnya. Tenangkan hatinya. Moga selamat semuanya.