Friday, July 31, 2009

- gambar sikit -

saja menepek gambar2 masa camping kat an-naim last week...

basah kuyup aku dibuatnya pasal nak bergambar sama ngan bebudak nih...

ikutkan hati nak je aku terjun tiruk join dorang belakang tu..huhu

berani mati je masuk hutan pakai selipar...tu sebelum digigit pacat...heheh

sempat posing ngan dua beradik ni...dlmhutan pun jadi gak...haha


Thursday, July 30, 2009

- kecoh..riuh -

just came back from Dataran Merdeka.
semua gara-gara kak erniza dgn abang2 nya...tema hari ni kena bergambar dengan foreigner...tak kisahla kat mane2 pun...so, kak niza mintak aku temankan buat assignment dia..she fetch me kat kg baru then kitorang terus ke sana.

tunggu sekejap,pastu nmpk la couple ni...bila tnya2 rupenya dia nak cepat...so melepas...pastu nampak pulak 3 orang kat seberang.apa lagi,terus berkejar ask for permission nk bergambar sama..terbelit jugak la lidah ni nak explain pasal klon standee tu...

nasib baik mat saleh tu sporting...mmg sporting giler...siap bergaya mimik muka lagi...best!!!!
thanks to them..

abis tu,kak niza anta aku balik...sekejap je pun...dia nak send kt website era lagi..kang tak sempat pulak.hehe...
yeay!!!


Tuesday, July 28, 2009

- virus M melanda -

salam...

aduhai...dah lama tak menambah koleksi posting disebabkan kemalasan melanda diri sendiri. bermula weekend yang penuh tanpa diberi peluang, terus ke hari ini...dapat rehat kejap je masa monthly test last week...

weekend...
perkhemahan bersepadu unit beruniform sk cbn 2...tapi mcm tak camping je...sebabnye budak2 ni duduk kat dorm..lawak betul.tak keluar lg budak2 tu dr comfort zone.ntah bile la jawab sendiri....
kami cikgu2 pun duduk dalam chalet A-shape..memang kosong.just disediakan tilam,bantal dan selimut je..tapi gaya aku mcm tak ready je pegi camping...dengan sport shoes tak bawak..berani mati je pakai satu sandals je..ngahahaha...

aktiviti tak se tough mana..apatah lagi fasi yang menjalankannya sama dengan fasi masa kem kepimpinan awal tahun dulu..seronok la budak2 yg dh penat ikut itu hari..
ingatkan ade la aktiviti obstacle ke..ape ke...tapi tempat tu tak menyediakan pulak aktiviti2 mcm tu.tapi sempat jugak malam pertama tu jungle treking...memang betul2 jungle treking lah...panjat,gelongsor semua ada.. budak2 ni menjerit memecah kesunyian malam hutan kat langat tu...macam2.

hari kedua,ikhtiar hidup pulak.lepas tu meredah hutan sekali lagi nak cari air terjun..nasib baik fasi tu lelaki, kalau tidak dengan cikgu2 sekali terjun tiruk.hahaha....balik dari mandi air terjun, sempat jugak kaki ni dihinggap pacat..mana tak nya,kaki memang dah ready nak menderma darah gayanya.tapi tak sempat kenyang pun pacat tu.syukur...
sempat jugak pak nil dan din beramboi bergambar kat tepi hutan tu.haha kak niza...kak niza..tekad sungguh kakak sorang ni.aku doakan la dia dapat 50 000 tu..keje aku pulak jadi paperazi nya..tapi mesti ada untuk aku la...hehehe...joking!

ahad..
balik dah...tak menyabo aku.ingat leh rehat hari isnin nak amek mc..tapi ade keje la pulak.terpaksa jugak pegi sekolah.hari ni kena pegi pkg bangsar,bengkel untuk guru pemulihan dgn hantar data sekali.penatnya!!esok rs nak mc jek...leh tak..?huhuhu...

gambar2 camp akan diupload later...
letih
nak rehat
nak mc (kalau la dapat)
huhu


Tuesday, July 21, 2009

- piknik di teluk -

jumaat lepas selesai sudah tournament hoki yang dinantikan.berita sedihnya cbn 2 tak dapat masuk suku akhir selepas 2 kalah dan 1 menang di peringakat kumpulan.takpelah...kiranya objektif klinik hoki hampir tercapai untuk mendedahkan peserta kepada perlawanan hoki sebenar.

habis hoki lebih kurang jam 530 petang tapi terpaksa tunggu samapai budak-budak ni semua balik berambik oleh parents masing-masing.lebih kurang pukul 7 aku bergerak mahu pulang ke kampung.singgah sekejap kat pucak perdana fetch up my brother...sampai kat kg lebih kurang jam 9.tapi mak suruh terus ke sungai besar untuk makan durian.sponsored by dato' ramli..

sabtu pulak hantar cik bagak ke kedai untuk baiki aircond.merajuk pulak cik bagak bile aku cakap nak beli kereta baru.tapi tak jadila beli,mak pulak tak kasi..jam 9.45 bergerak ke teluk batik untuk family day sk sg nibong..my mom's school..menginap di marina cove resort.okla tempat tu,ada waterpark,ada restoran ikan bakar..lima minit je berkereta ke pantai teluk batik.

sampai sana tengahhari,lunch di pantai then check in jam 2.petang ada sukaneka dan malam, makan ikan bakar kat restoran bakau d'muara.ok je la..tomyam dia tak sedap sangat..ke sebab deria rasa ku masih di tahap membimbangkan..hehehe...

lepas bershopping, balik ke bilik dengan berita malaysia 2-mu 3..huhuhu...takpela...
pagi ahad lepas breakfast, terus bergerak pulang.sebelum tu ke lumut dulu bershopping lagi.tapi tak banyak mana pun..

sampai di sungai besar jam 1200..amik cik bagak dengan bayaran yang hampir separuh gaji sebulan ku..huhuhu...menggigil tangan hulur duit kat abah..ngeeee.....

hampir jam 3,aku bergerak pulang ke kl dengan adik.letihnya...banyak abis masa dalam kereta je.

semalam,lepas sekolah...ke nilai amik pakcik untuk dibawa teman ke kampung..heheh...kesian pakcik penat driving jauh.dah la dalam berdebar2 tu..hihi..
dah amik barang yang diperlukan,bergerak kembali ke nilai jam 630..aku pulak sampai kt kl jam 1200 tgh malam.
nasib baik minggu niujian bulanan..dapat rileks kejap..
alhamdulilah..

p/s :waiting for something....

Monday, July 13, 2009

- masih -

tak tahu apa kaitan tajuk dengan entry kali ini.dah kehabisan idea nak letak tajuk.
rutin masih seperti biasa.masih mendapat tugas-tugas baru dan tugas-tugas lama masih ada yang belum selesai sepenuhnya..(tahap bahaya dah ni..)

kat sekolah..minggu ni minggu sains & matematik.macam-macam aktiviti bakal dijalankan untuk setiap darjah.have fun ya anak-anak...
rabu pulak team robotik akan ke bukit kiara sekali lagi untuk pertandingan seterusnya.aku jadi terlibat secara tak langsung sebab kak gie dah berpindah sekolah.terima je lah kan..

jumaat, team hoki bakal menghadapi tournament terbuka kelab diraja selangor di stadium bukit kiara.good luck,anak2!!ooo ye..aku buka satu blog khas untuk klinik hoki sekolah... silalah berkunjung ye.. klik sini.

weekend ni balik kampung!!!insyaallah....


p/s : selsema dan batuk tak berhenti lagi...perit!!!


Thursday, July 9, 2009

- sick -

dah lepas interview.sampai kat SPP lambat sikit.nama dalam list pun yang kedua akhir.panel pulak En.Mahzan b Bakar..memang berdebar masa nak masuk tu.jantung rasa nak tercabut pun ada.entahlah macam tak biasa pulak pergi interview.tapi sebab ini untuk pengesahan jawatan,rasa takut tu sangat banyak..

sebelum interview,tidur rumah aufa kat seri kembangan.sebab dekat sikit nak pergi putrajaya tu.tapi lambat jugak aku sampai kat sana.hehehe...malam before,sempat keluar makan dengan pakcik..emm nak menenangkan diri kononnya..malam tidur tak lena.aduhaii....

bangun pagi terus sakit tekak,tak tau kenapa.perit sungguh nak bercakap masa kena interview.macam nak demam pun ada.huhu...
macam-macam hal la minggu ni.dengan cik bagak buat hal lagi.aduiii....bila nak repair pun taktau la..
esok nak pergi ipoh teman kak gie..nak release mind jap..

jumpa lagi next entry..
asslamualaikum..

p/s : in love...


Tuesday, July 7, 2009

- penuh dengan kebaikan. ho! ho! ho! -

assalamualaikum...
hectic sungguh la minggu ni...bermula dengan minggu lepas.cbn 2 mengadakan latihan dalam perkhidmatan untuk cikgu-cikgunya.hari khamis dan jumaat bermula jam 1.30 hingga 4.00 petang...petang jumaat pulak siap-siap nak ke rumah ina.plan nak tengok transformers:revenge of the fallen dengan ina dan aufa..fuh!best....ada parts yang kelakar jugak. malam tu tido rumah ina.gosips..haha what else?

balik kampung lebih kurang jam 12..lepas pekena roti telur.sampai kat kampung je, mak ajak pegi tanjong karang untuk karnival jahitan.hehe...hari memandu untuk aku.

ahad dah balik kl balik..menghadap pulak jamm kat tg karang sampai ke k.selangor.sampai kt kl pun dah pukul 7.letihnya...

minggu ni pulak aku dah start buat tuisyen bm dengan budak kelas aku..amik 1 jam sehari je la..tak larat nak wat dua jam sekaligus.tadi ada horlicks buat program dengan tahun 1-3...datang la pulak maskot nya skali.teringat lak maskot si kuntum masa kat melaka dulu...

khamis ni ada interview spp..takutnya...semalam baru beli kasut sarung..minta pakcik temankan.so, kitorang pegi alamanda..sambil tu usha skali kompleks jpm untuk interview nanti.thanks ek pakcik...ngeee!!tak bape prepare sgt ni.banyak lagi tak baca.macam mana ni...pakcik!!!tolong saya....huhu..