Monday, May 25, 2009

- senyap sunyi -

tajuk macam ape je...
minggu ni sekolah agak sunyi sebab minggu exam pksr1..
alhamdulillah...tapi bila tiba waktu rehat, keadaaan kembali macam biasa...

lali dah...
biase la sekolah....
yang aku pasti, minggu ni akan busy sebab kerja-kerja tertangguh tu...
tambah lagi aku nak cuti hari khamis jumaat ni..huhu...serve me right la...sape suruh tangguh keje...adik-adik,jangan tiru perlakuan ini di sekolah anda.terima kasih...hoho

hari sabtu lepas ada sekolah ganti, tapi separuh murid je yang datang..aduhaii....
kebetulan pulak sekolah buat kursus keibubapaan anjuran pibg.
penceramah jemputan ialah dr hassan..
aku tak berapa nak dengar sebab sibuk amik gambar aktiviti...lagipun aku bukan ibu..hahaha...jahat giler!!ape la salahnya dengar sekali...
again,jangan tiru perlakuan ini di sekolah...

lepas sekolah,pegi bukit jalil pulak untuk majlis penutup kejohanan olahraga mssm...
pegi daftar, duduk kejap lepas tu balik...tak tahan aku duduk sana.boleh mati kepanasan dibuatnya.huhuhu....

p/s : mari menyambung kerja...

Saturday, May 23, 2009

- sambutan hari guru cbn 2 -

seperti sekolah-sekolah lain, cbn 2 juga menyambut hari guru sendiri...
berlangsung di dewan putih, 22 mei...hari guru cbn 2 disambut meriah...pada asalnya, dimasukkan acara sukaneka tapi tak sempat sebab acara pentas lama sangat..
walaupun begitu, aku rasa semuanya puas.bukan je cikgu malah murid-muridnya jugak...
sebab apa?(gaya cikgu diana..hehe)
sebab....cikgu-cikgu persembahkan satu sketsa muzikal khas untuk semua...heheheh....macam tak percaya je cikgu-cikgu ni boleh buat macam tu...

majlis dimulakan dengan ucapan perutusan (macam biasa la...)
lepas tu, ikrar guru dan nyanyian lagu hari guru dan lagu tema...
lepas penyampaian cenderahati kepada guru-guru....

kemudian,
persembahan dari murid-murid serta beberapa orang guru...
lepas tu baru persembahan yang sangat dinantikan...
sebenarnya murid-murid tak tahu pun cikgu-cikgu ni buat persembahan ni...so, semuanya surprise la...


cikgu-cikgu ni memakai kostum dari pelbagai karakter...kami mencipta jalan cerita yang mengaitkan karakter walaupun sebenarnya tiada kaitan pun...
saje nak buat lawak...dengan diceritakan oleh penglipurlara, puan badri...jalan cerita menjadi sangat menarik dan sangat kelakar...

bermula watak puteri dari negara korea hinggalah ke snow white dan muslimah-muslimah sejati...ada hantu,pirate,witch,macam-macam la...
aku masih menunggu video yang dirakamkan oleh eduwebtv...(harap2 dapatla...)

pengakhiran,
persembahan suara berirama oleh semua guru khas untuk murid-murid...
kemudian acara bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf sekolah...
akhir sekali, jamuan guru...yummmy!!!!

selesai sudah...
memang 1 kenangan yang paling kelakar...
alhamdulillah semuanya smooth je...secara spontan..
tahun depan cerita lain pulak...

untuk semua guru,
SELAMAT HARI GURU!!!

untuk anak-anak murid...
terima kasih atas semua ucapan dan hadiah yang diberikan...
belajar rajin-rajin yea....



Thursday, May 21, 2009

- hi-tea with pibg cbn 2 -

hari ni, pibg cbn 2 telah menganjurkan satu majlis hi-tea untuk guru-guru sk cbn 2 di banglo ukhwah di titiwangsa...
lepas sekolah kami guru-guru bertolak dengan kereta masing-masing dan sampai di sana lebih kurang jam 2.30 ptg...alhamdulillah tak susah mana nak cari banglo tu...
dimulakan dengan ucapan ringkas daripada yang dipertua pibg, datin seri ismalina ismail..kemudian ucapan gb dan seterusnya makan-makan....



lepas makan-makan...
acara kotak beracun..abis cikgu-cikgu ni terkena dengan kotak beracun tu...sporting je..
diselang-seli dengan cabutan bertuah.macam biasa, nama aku memang jarang-jarang bertuah...
takpe, dah dapat makan free ni pun kira bertuah.dapat lagi cenderahati tu...




lepas tu menari poco-poco pulak...
yeah!!!lepas makan, exercise la pulak kan...hehe tapi ramai yg tak dapat nak ikut...
tak biasa kot...

abis semua-semua tu dalam pukul 5...
lepas tu bergerak balik, dalam hujan renyai-renyai...
alhamdulillah...
jutaan terima kasih buat AJK PIBG SK SBN 2...
lain kali buat lagi...hihihihi....

p/s : esok muzikal pulak...surprise from the teachers... :P


Wednesday, May 20, 2009

- awek robin hood -

semalam pegi cari kostum untuk dipakai masa sambutan hari guru peringkat sekolah jumaat ni..pegi satu kereta dengan kak sue, kak ida, kak niza, kak gee ngan linda...waahhhh 6 orang satu kereta??hahaha....naik crv la kakak...

nasib baik task sesat...sebab senang je nak cari..itupn kne jugak call orang kedai tu byk2 kali...kt sri hartamas.
sampai kt kedai tu, macam nak tak nak je kitorang nak sewa...lama tu, baru la kaksue nak try baju korean...barula yg lain2 pun duk carik baju yg sesuai...masing-masing pilih kostum berkarakter...nak gambar?tunggu jumaat nanti..hehehe....

hari ni, pegi lagi ke kedai tu.bawak shahril, kakgie ngan kak muni pulak...
tp shahril yg drive..heheh...
dapat jugak kostum yang dicari walaupun lari dari idea asal...xpela,asalkan ada..

terpaksa la jugak kalau dah jadi warga cbn 2 ni...layan je la..kot2 tahun2 akan datang lain pulak gaya sambutannya..
tahun ni acara fashion show, tahun depan maybe lain,kan?

sembang2 lepas pilih baju tadi pasal laptop.
mulanya sebab si shahril terlupa nak bawak beg masa mula sampai.tapi lepas tu dia terus amik.
sekarang ni dah banyak kes kereta kene pecah, sebab nak curi barang berharga dalam kereta.tu pasal, sape2 yang bawak kereta tu jangan sesekali tinggal barang2 berharga dalam kereta.macam laptop ke...handphone ke...
sekarang pencuri dah advance.diorang ada alat yg boleh cetect electronic stuff..
orang kate kalau nak tinggal laptop dalam but kereta pun, tanggal bateri laptop tu...tapi ada detector yg lagi canggih, boleh detect bateri cmos pulak.tu lagi bahaya sebab bateri cmos still on walaupun bateri laptop dah tanggal.

pencuri,kalau dia nak...apa2 pun dia sanggup buat.
apa lagi mentaliti oarang kita ni, kalau ada bunyi alarm kereta, kita tak amik heran pun sama ada kereta orang tu ada problem ke,apa ke..malah ada yg mengutuk lagi sebab bising je..
aku cakap pasal aku pun kadang2 macam tu jugak...sama2 mengingat la...


amaran untuk pembaca dan penulis sendiri...
beringatlah sebelum keluar dari kereta.insyaallah, kita akan dapat pertolongan dariNya...

Sunday, May 17, 2009

- 16 mei -

16 mei yang berlalu...
ya...semua orang tau...16 mei itu satu tarikh keramat untuk semua menghargai jasa-jasa guru...tak kiralah guru sekolah atau lain-lain guru.
yang penting guru itu dipanggil cikgu.

kini aku juga dipanggil sebegitu bila di sekolah..
rasa??campur baur...semua ada.
bayangkan bila kita terkenang zaman sekolah kita kecik-kecik dulu...teringat cikgu yang baik,cikgu yang garang,yang kita suka,yang kita tak suka..yang macam-macam la...

sekarang...
diri ini sendiri yang dianggap begitu (ikut emosi murid-murid masing-masing la..)
rasa macam tak percaya pun ada jugak...
mungkin untuk tahun-tahun awal aku bergelar guru ni, memang macam itu perasaannya...tidak pada yang sudah berbelas berpuluh tahun mengajar...
macam mak aku...
mungkin aku juga nanti jadi lali dengan kehadiran tarikh 16 mei ini...


pernah seseorang (aku tak leh nak recall siapa dia) dalam ceramahnya berkata..
cikgu ni salah satu pekerjaan yang paling orang akan ingat walaupun kita dah bertahun-tahun pencen..
tau sebab apa?
sebab kat mana-mana orang akan cakap..ni cikgu sipolan...tu cikgu sipolan...
cube kalau pekerjaan yang lain...
orang takkan panggil dia, ni jurutera sipolan..tu programmer sipolan...
ops!!!takde niat menyinggung mana-mana pembaca ya!

tapi itu la yang diceramahkannya...
betul jugak...
bila jalan-jalan ngan mak aku kat mana-mana kan...jumpa orang atau khususnya bekas anak murid mak aku yang mana mak aku ngajar sebelum aku lahir lagi, mak aku still dipanggil cikgu zainah...
best kan kalau kita pun nanti macam tu...
sejuk jari aku yang pernah menanda buku-buku diorang.haha boleh?


apa-apa pun, cikgu memainkan peranan penting dalam hidup seseorang.
tanpa cikgu takkan ada tokoh-tokoh kita pada hari ini...

jadi selamat hari guru buat semua bekas guruku...
kawan-kawan yang kini juga seorang guru...dan siapa pun yang bergelar seorang guru...
bebanggalah kita kerana menjadi seorang guru.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Monday, May 11, 2009

- 10 mei yang berlalu -

semalam 10 mei...hari ibu...

sejak beberapa tahun kebelangan ni,rakyat malaysia sudah sama2 meraikan insan yang paling bermakna dalam hidup masing-masing...yakni ibu...

ya, tanpa ibu, siapalah kita...
sama2 lah kita hayati ayat2 kat bawah ni..aku paste dari email yang aku dapat dari en azrul...


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

- kenangan..dan sedikit tentang muhasabah diri -

mood : termenung je...
bila mengajar kat sekolah rendah ni kan...selalu je terkenang zaman sekolah kecik2 dulu. bangun pagi2 mak kejut...pastu mandi...gosok baju sendiri (mak dah suruh aku gosk baju sekolah sendiri masa aku darjah 2..sampai melecur2 lengan..haha)
pastu gi sekolah sendiri..jalan kaki sebab rumah aku belakang sekolah je...tapi kene redah jugak belakang rumah orang lain...sambil guide adik aku...
sambil bawak duit belanja 50 sen je...masa zaman aku, nilai tu cukup lagi...kenyang...

abis sekolah tengah hari, siap2 pulak untuk pegi sekolah agama petang..
naik basikal pulak...tapi kalau malas, aku mintak abah hantarkan..hehe..
seronoknya sekolah masa tu...
tapi takut dengan cikgu yang garang2..dulu tak berani nak gelak sama2 ngan cikgu..tapi bila kat sekolah aku skang ni, budak2 ni selamba je main pelok2 aku la...senggol2 aku la...
adushh....aku kalau buat macam tu dulu mau kena ketuk kepala..hahaha....

lagi seronok bila ikut aktiviti sekolah...macam camping ke...
aku tak dapat bayangkan lagi bebudak aku ni camping nanti...mau tak diorang basuh pinggan sendiri...pegang selut ape semua...hurrrmmmm macam tak je...
hari tu pegang bola basah pun muka dah berkerut seribu...huhuh...macam mana nak terapkan kesusahan dalam diri budak2 ni eh...sebab diorang ni dah biasa senang dan bersih selalu...
payah jugak kan...bila mana masa balik sekolah, mama atau papa yang tolong tarikkan beg...bawakkan botol air...sedangkan si anak berlenggang kangkung...

taktaula...
mama2 n papa2 sekalian...
apakah anda selalu merasakan anak anda tidak perlu merasa susah seperti mana pernah lalui dulu...?
apakah sememangnya anak anda perlu dilayan dan ditatang sepenuhnya tanpa ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka?
aku tak dapat nak jawab..sebab aku sendiri belum mempunyai anak...mungkin jugak aku akan bersikap demikian...tapi mintala aku dijauhkan dari bersikap terlalu memanjakan anak...
takut nanti besar, lain jadinya...masyaAllah...

sekarang ni pulak...
aku rasa aku macam dah takde common sense pulak...
kadang tu fikiran yang tepu membuatkan aku mengambil mudah bila seseorang sedang bercakap dengan aku...
Ya Allah..kenapa jadi macam tu??
ada sekali, sorang ni duk tanya aku...fikiran aku boleh melayang je..lepas tu beralih pulak pada orang lain...
huwaaaa....taknakla macam ni...bersalah rasanya...
tapi terkadang aku sendiri tak menyedarinya...
bila dah berlalu lama sedikit barula sikap itu aku sedari sendiri...
ya tuhan..ampuni hambaMu yang lemah ini....
kepada yang terasa dengan sikapku itu, aku memohon sejuta kemaafan atas sikap ketidakbertanggungjawaban aku tu....
insyaAllah akan cuba kuubah sikap negatif itu...
doakan ya....


Wednesday, May 6, 2009

- macam2 aktiviti lagi -

macam-macam aktiviti minggu ni...
starts with BM Week...
ada kuiz spontan, pertandingan pantun, cerita, sajak syarahan...macam2 lagi.

tadi pulak..aku ikut mengiring budak-budak ke Domino's Pizza cawangan SJMC.
bertolak jam 8.30..
sebenarnya ada 4 bas, tapi lain2 destinasi cawangan. kebetulan aku 1 bas dengan kak gee..
nasib baik budak2 boleh dikawal.takdela nakal sangat.tapi ada gak la tadi aku naik angin.
eee...sabar jela dengan budak2 kecik terlebih gula ni.
lawatan sambil belajar katanya...tapi macam tak berapa best la takat buat topping dengan twisted bread tu...macam tak puas je... hurrmmmm.....
sebelum balik dapat gak la beli pizza kecik dengan potongan harga untuk group...
sedap makan panas-panas je pizza ni...


sampai kat sekolah lebih kurang pukul 12.
tengahhari sambung pulak dengan ko-ku..
bercinta sungguh aku nak handle persatuan UB ni.huhu...
layan jela...
saya yang menurut perintah....