Sunday, January 18, 2009

- the neverending story -

salam...
baru saja menghabiskan 3 sequel the neverending story...
pernah dengar cerita tu...?
siapa2 yang suka aka 'rajin' tengok tv,memang tahula ceritanya...yup!since kecik2 lagi aku dah rajin menonton tv..hehe

kisah budak lelaki Bastian yang membaca sebuah buku bertajuk the neverending story..yang mana dia membaca ceritanya sendiri dalam buku tu..tapi pelakon ketiga2 sequel adalah orang yag berlainan.tak macam LOTR ataupun Harry Potter.orang yang sama untuk semua sequelnya..

lama dah cerita ni.tak ingat aku tengok kali pertama masa darjah berapa ntah..
la ni, baru dapat tengok balik hasil pertolongan maruwan,kawan kak nadiah...kredit besar untuk inche maruwan..hihi

cuti weekend ni tak kemana2.. sama macam aku duduk kat kampung je.terperap kat rumah. takde geng pun nak jalan2..at least jimat dan tak buang tenaga aku untuk esok.hihi...

oo ye!aku dah start training budak2 hoki.hmmm...akhirnya!!bole lepas rindu untuk main hoki setelah sekian lama.tapi dah tak berapa nak ingat skill hoki tu..takpela,cikgu bagi tunjuk ajar je,budak2 yang main,kan...ngelat punye cikgu..hehe...

next week dah start cuti raya cina.seminggu lebih.hmmm nak buat apa yea...??

Friday, January 16, 2009

- disampingmu -

salam semua....
pernah dengar lagu disampingmu tak?nyanyian the divine master..yg mana penyanyinya lotter,x-af4 dulu...dia wujudkan band ni dengan adik beradiknya...
lagunya ok jugak...best untuk didengar selalu...suara lotter pon dah lain sikit dari masa dia kat af dulu.ni lirik lagu dia...sekarang tengah glemer kat radio2...


bilaku rindu akan wajahmu
kupandang potret indahmu
memang itu tak cukup bagiku
hanya itu yang kutermampu

selang sepurnama diperantauan
hari itu yang kita nantikan
bertemu kita dipelabuhan
melepas rindu yang terpendam
#
memang itu yang ku mimpi
memiliki permata sepertimu
kau lama ku cari
cinta sebetul… woo

kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oohh bahagia diriku disampingmu

aku pun dah merajuk dihatiku
sentiasa indah di dalam duka
hatiku tak henti-henti berkata
kau matang seorang wanita

jika bisa wujud perkara mustahil
ku ingin bawa kau terbang tinggi
tempat yang indah tiada penghuni
kita bahagia dan menyanyi



jangan lupa...sama-sama kita berdoa untuk saudara2 kita di palestin sana...nak membantu secara fizikal,sudah tentu kita tak termampu..israel kini tak boleh dihalang lagi.
so that,apa yang kita boleh buat..boikot barangan israel,amerika....
dan paling utama kita doakan yang terbaik buat mereka...semoga israel diberi balasan yang lebih teruk dari apa yang dilakukannya terhadap palestin..

Wednesday, January 14, 2009

- sekolah + gambar lama -

assalam...
2 minggu ni, still dalam kelam kabut...even diorang cakap jam masa aku yang paling sikit, tapi aku still kelam kabut.tak tau kenapa...kenapa tak boleh nak urus masa lagi ni??sedihnya... :(

tapi hari ni...moral class agak happy...diorang berlakon dengan dialog spontan.paling tak tahan aku gelak bila turn shin fame...adeiila budak ni.kartun betul..sikit banyak,dapat la kurangkan rasa sakit aku hari ni..dah lama tak rasa sakit macam hari ni...maybe sebab tu jugak aku tiba-tiba rasa sedih malam semalam..aduh..makin teruk pengurusan emosi aku sekarang ni.

macam mana dengan kawan-kawan yang lain ek...kaklin best,dapat kelas PL.yang lain tak dengar cerita pulak..hope semuanya ok-ok saje...

nak hilangkan bosan,aku nak tampal gambar-gambar backdated...dah lama tak buat aktiviti tampal-menampal ni.

dengan maisara...si kecik baby wan...muka bulat!!hehe...


ni masa dinner dengan housemates kat sri percik..yummy!!!



masa wedding kak nani...aiyoo...sungguh bulat muka ku itu...


Monday, January 5, 2009

- minggu pertama, hari pertama -

hari pertama..
penuh debaran yang bisa menggugurkan jantung.seawal 0630 aku bertolak keluar dari kampung baru.takut....

lapor diri..sekolah agak sesak dengan kehadiran penjaga murid yang mahu melihat anak-anak mereka memulakan persekolahan baru..

dan...
aku mendapat jadual yang boleh menyesakkan perut.darjah satu,darjah 4 untuk matematik...seharian penuh dengan rehat hanya seminit dua.alhamdulillah itu hanya sementara.yang sebetulnya aku ditugaskan mengajar bahasa melayu tahun 4,pendidikan moral tahun 6 dan PSV tahun 3.

untuk pengetahuan yang taktau lagi.murid-murid di sini adalah dari keturunan yang pendapatannya mencecah jutaan ringgit dan berjawatan besar.dan guru-guru yang penuh dedikasi,komited dan semestinya cemerlang.apakah aku bisa menempuh dan mampu ke tahap itu...??aku pun tak pasti..

untuk hari-hari seterusnya,ku mohon doa kalian untuk aku lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris...seram...

Sunday, January 4, 2009

- tag pertama di tahun baru -

1. Sesiapa yang kena tag, 10 sesuatu berkenaan orang yang men'tag' dia..

siapa?ya!! dhiya sekali lagi..

- memiliki nama antara yang unik pernah aku dengar - dhiya ruzanna
- orangnya tinggi lampai..nak banding dengan penulis la.uuhuhu..
- seingat aku la,dia ni main gamelan masa di utm.
- aku tengok dia ni, berani berfesyen.dia tak kisah..
- gaya hidup aktif la dia ni..hehe sory kalo salah ye dhiya...

2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya..
- namanya dipanggil dila
- anak ke3 dari 4 beradik
- baru nak memulakan kerjaya sepenuh masa pada hari esok, 5 januari 2009 di bukit nanas.
- kalut, kecoh, kebudak-budakkan
- lembut hati..huk3..

tak mampu la nak listkan sampai 10...

3. Senarai org yg akan di tag..
- ani
- fateen
- kak julia

Pakej tag siap ade award...so sape yg di tag pun sile amek ye! thank you kawan2..




- cemerlang di kalangan yang cemerlang -

assalamualaikum....
tahun baru.kerja baru.tempat tinggal baru.aktiviti baru.
pendek kata,semuanya baru...

kerja baru-menjadi guru sepenuh masa walaupun belum lagi disahkan.di mana?di SK convent 2 bukit nanas.huh!terkujat aku dibuatnya...
tempat tinggal baru-wilayah persekutuan kuala lumpur.lebih spesifik,kampung baru.
aktiviti baru-menghafal jalan.ha ha ha...aku asikla sesat bila masuk kl ni.almaklum,jiwa pinggiran.

jumaat-hari lapor diri di JPWPKL dengan abah.jumpa balik kawan-kawan sekelas di melaka.habis saja taklimat,terus mencari,sambil makan buah langsat ke sekolah yang dimaksudkan.pening,sakit kepala,sakit badan.ya allah,berilah kesabaran kepada hambaMu ini...

sabtu-aktiviti mencari rumah sewa bersama emak dan abah.lagi sekali kami makan buah langsat di tengah-tengah kota metropolitan ini.akhir sebulat suara menuju ke kampung baru.mujur ada iklan "mencari teman sebilik muslimah".alhamdulillah,dapat masuk..dengan sewaan yang pastinya bagi aku sebagai orang pinggiran agak mahal.tapi selesa.syukur..sebelum balik,nak cari jugak jalan ke sekolah tapi dah tak larat,stereng kereta terus pusing ke jalan kuching menuju ke utara.singgah di pucak perdana menjenguk si anak bujang.

ahad-bersamaan hari ini.bersiap untuk ke kuala lumpur.dengan berbekalkan peta tulisan tangan abah,aku memandu dengan bertawakal agar tidak makan langsat terlalu banyak.alhamdulillah sekejap je dah sampai.menunggu abang beram-jam untuk menemani jalan ke sekolah.dengan 3 kali pusingan,insyaallah aku boleh mengingat jalan-jalan tersebut.esok?taktaulah...ku mohon padaMu Ya Allah...

esok,isnin-seawal 630 pagi aku perlu bertolak dari kg bari.takut..
takut jalan jam.takut salah masuk jalan.dan banyak lagi ketakutan...
hari pertama,harus menunjukkan etika yang baik.

aduh!!rasa macam tak percaya..

ketuk kepala sendiri.cubit pipi kiri kanan.

adoii...sakit!!!