Sunday, December 28, 2008

- salam muharam 1430H -

sempena awal muharam esok..saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah.semoga kedatangan tahun baru ini memberikan 1001 rahmat dan kebaikan buat diri kita semua.kan?

DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

InsyaAllah...sama2 kita menghayatinya...

- hujung minggu yang sibuk -

PIZZA VS KEK
salam hujung minggu...
semalam sabtu...dek kerana kebosanan duduk di rumah,aku ambil keputusan untuk keluar jalan-jalan cari pasal di shah alam..uhuk3..lama jugak aku tak berjalan di tanah shah alam tu.tiada tujuan utama.cuma mahu menenangkan fikiran setelah pening2 lalat fikir pasal posting.ada rezeki bolehla sambar baju 1-2 pasang,kasut ke..tapi nampaknya,tiada yang berkenan di hati.kesudahannya hanya meninjau-ninjau tanpa hasil.hmm...takpelah.mungkin di lain kali,lain tempat pulak..

lepas shah alam,singgah di jusco bukit raja.juga tiada hasil.nampak gaya,aku dah takde skill pilih baju berseorangan.kena berteman jugak ni..needs opinion maybe..tapi sempat juga sambar novel.hehe..lain2 takde yang penting pun..sampai di rumah dalam pukul 5..penat jugak.terus mandi.sebenarnya mak dah ajak untuk buat kek malamnya tu..untuk pipi yang dah nak balik uitm.petang tu jugak aku cadang nak nak buat pizza.sebenarnya nak buat esok2 ke.tapi memandangkan pipi nak balik esok pagi (means pagi tadi la..)aku terus je la buat petang.bahan2 takde pulak tu.terus lepas maghrib,aku ke sungai besar untuk bahan2 topping.balik2 terus siap2 masak.pizza,kek...aduh letihnya...mak pulak ada kenduri puputan.ku keseorangan lagi.dibantu sedikit cuma oleh pipi.huhu...anak bujang itu..bila masanya la dia mahu berubah..
pukul 10 lebih,kedua2nya siap untuk dimakan..yummy!!!

MAWI & IKIN
ahad...mak dan abah hantar pipi ke uitm..aku di rumah hanya berehat melunaskan hutang tidur ku malam tadi..uhuk3...menghabiskan novel punya pasal.sambil menantinkan rancangan mawi & ikin bermula hari penikahannya minggu lepas hinggalah hari persandingan di felda taib andak hari ini.auh...mengalahkan pembesar di raja pula majlis mereka ini.almaklum RAJA SMS sudah menjadi RAJA SEHARI.pastinya peristiwa itu perlu mendapat liputan besar-besaran.untungnya pada siapa?aku tak tahu.aku hanya menonton kerana ada peluang.untuk pergi ke sana, mungkin tidak....yang pasti, ada pihak bertelagah hanya kerana perkahwinan ini.siapa?kena tengok berita la...

oh ye...siapa tahu tajuk lagu mawi yang disiarkan masa rancangannya tadi ye?yang heroin video clipnya dilakonkan ikin sendiri...best pulak lagu tu.tapi tak pernah dengar sebelum ni kat mana2 radio..

JAUH HATI
sewaktu di sungai besar mencari bahan untuk pizza, aku terserempak dengan tunang a.k.a senior sekolah rendah kawan aku.sebetulnya kami pasti mengecam muka masing kerana aku agak nakal ketika di sekolah rendah.tapi, aku hanya dipandang sekilas oleh dia.yeah...aku bukanlah seorang yang "pasti diingati"..itu juga sebab aku tak pernah mempunyai kawan lelaki yang boleh kekal bertahun-tahun..itu tak termasuk "pakcik" sebab dia dalam kategori "bersahabat selepas putus cinta" (haha..boleh ke dinamakan bercinta??ermm...pikir jap)..yup!aku agak berjauh hati dengan sebab ini.dari dulu lagi sebenarnya.aku taktau...mungkin....
takpelah..simpan sendiri je.

okeh!!banyak pulak ceritanya hujung minggu ni..selain pasangan lisda dan fauzi yang menang sehati berdansa musim kedua.hehee...sempat lagi!
wa akhirul kalimah...selamat menyambut awal muharram 1430 H.semoga kedatangan tahun baru ini memberikan 1001 kebaikan kepada kita semua.. ;)

Saturday, December 27, 2008

- adeii...kena tag oleh dhiya -

saya telah ditagged oleh dhiya..huhu..beginilah ianya....

Rules:
1. Link to the person that tagged you.
2. Post the rules in your blog.
3. Share 6 important things/habits/quirks about yourself.
4. Tag 6 random people at the end of your post by linking to their blogs.
5. Let each person know they have been tagged by leaving a comment on their website.
6. Reply to me when you're finish.

--------------------6 things about me...emmm apa ye??--------------------
1. masih sendiri dan sedang mencari...ahaaha...
2. teacher to be..wait for 5 january 2009
3. suka baca dan kumpul novel...la ni pun baru je beli novel baru -->saat kau hadir
4. suka mengunyah...dengan kata lain,suka makan...
5. kelam kabut
6. suka sangat pada kanak2 or baby...sungguh innocent muka mereka....

dan saya nak tag mereka di bawah.. ;) :
1. anie
2. fateen
3. kak julia
4. kak fiza
5. tz
6. kak yantie

selesai sudah...

Saturday, December 20, 2008

- syukur alhamdulillah -

salam hujung minggu buat semua....
syukur alhamdulillah dapat bernafas dengan leganya...keputusan posting dah dikeluarkan.dengan itu termaktublah aku ditempatkan di wilayah persekutuan kuala lumpur.takut?perasaan takut tetap ada,apatah lagi ditempatkan di kawasan bandar.compare dengan kawasan luar bandar,aku lebih rela ditempatkan di luar bandar.taktau kenapa..mungkin jiwa aku lebih kepada suasana tenang,damai dan alam sekitar.huhu...

namun paling aku bersyukur,tidak perlu berjauhan dengan kampung yang memerlukan aku naik flight,atau bas berjam-jam atau apa2 kenderaan yang memerlukan termenung berangan terlalu lama.hehe..

tapi..kawan2 ada jugak yang ditempatkan di sabah dan sarawak.dan kebanyakannya dari course sains dan matematik..kak nadiah, kak nisha, kinah, uni, ramai lagi...cume dari unit aku yang aku dengar akan terbang, kak yantie dan kak tin yang sememang di dalam icnya tertulis lahir di sarawak..apakan daya, perjanjian telah ditandatangani..tapi kaklin yang dapat di kuala lumpur katanya nak switch dengan kak yantie sebab suami kaklin sendiri dihantar ke sarawak..sedangkan suami kak yantie di sini.harap2 dapatla diterima oleh orang atasan..macammana ya..berjauhan dengan suami..huhu...tak terbayang olehku..

jadi..
apa persiapan ku?sekarang ni hanya menunggu surat dari jpn yang menyatakan sekolah di mana aku ditempatkan..harap2 takla di tengah2 bandar.boleh mati kutu jugak ni.manakan nak sewa rumah,jalan sesak..huwaaa....
abah pulak kata kalau dapat borneo senang kumpul duit.elaun banyak.aik??pulak dah...hari tu bukan main abah kata jauh sangat tu..siap suruh mintak sk pasir panjang lagi..ni lain pulak katanya..aduu abah...abah...aku pulak yang kepeningan...

takpelah...itu dah lain cerita.yang jelas, seperti yang tertulis di website itu,itulah keputusannya..aku hanya menerima dengan redha dan bersyukur.alhamdulillah...

kawan2?apa ceritanya...?


Monday, December 15, 2008

- rindu -

hurmmm.....
tgk tajuk mesti mcm klaka je...
rindu??
pada siapa...
hehehehe.....

actually..
skang ni tgh berlangsungnya suka universiti asean...or AUG...
kelmarin aku tgk opening ceremony...kat tv je...
tapi,tgk sume tu...
it reminds me to my student life la...
huhuhu rinduuuuu...

eh...
bukan sbb aku jadi atlet ke ape...
tak penah pun smpi peringkat tinggi mcm kalau aku main sukan pun...
tapi..sebab tgkkan sukarelawan tu sume..
bestnye kalau aku dapat join skali..
buat aku terfikir..kerja aku nanti,dapat tak aku buat macam tu..huhuhu..
hope so..

ermmm...cite lain pulak
sebelum balik ari tu, sempat beli novel...2 skali
hahaha...
dua2 oleh hlovate..
actually dah baca novel dia tru blog dia...
tapi rasa nak beli gak...
versi novel buku pulak la kan..
memang ade lain skit...
bukan lain..tapi ade tambah skit sebenarnya...

bila baca novel2 hlovate ni
ngingatkan aku pasal hidup aku kat asrama sekolah dulu..
as budak yg byk memberontak...
tapi itu pandangan orang dan warden kot..
bagi aku,aku takla degil mana...
ok je..
tapi yela..kalau dah asik kena denda je,tak ke budak bermasalah namanya tu...
cerita2 dia...macam aku kembali ke zaman spm pulak..hehehe...
bagi aku...hlovate's not writing but she's telling a story...
i...ENJOY!!!!
hehehe....

p/s:tgh berdebar tggu result posting sebenarnya...bile nk smpi surat nih???

Friday, December 12, 2008

- cuti sekolah -

ermm....
habis kuliah...kissm...btn...
duk rumah je..
tak tau nk buat apa...
aidil adha pun macam biasa je...
memang kat sini tak meriah mana pun...

pagi...
pegi surau...sembahyang raya...
balik...
tu je diari raya qurban aku...
selebihnya...
keboringan tahap tak ingat punye la...

posting pulak tak tau lagi...
lambat pulak result dier...
makin lamabat,makin berdebar la...
kat mana la aku kena campak nanti...
jangan jauh2 dahla...

huhuhu....
preparation??
satu ape pun tak lagi...
still takut...
tak tau nak wat ape...
kalau kena ajar kelas biasa...
lagila....takut tahap petala lapan kot...huhuhuhu....
doa2 dapat kelas pemulihan la ye...

Friday, December 5, 2008

- kissm -

ermmm.....
dah lepas dah semua kuliah KISSM
or kursus induksi sistem saraan malaysia

hari ni...
preparation for exam on the next day...
adeiii....
mcm dah sengal rasenye otak nk terima ilmu2 untuk dihafal...
huh!
itu la adila...
dah wat mind set...lepas periksa kpli..dh malas nk bace ape2 lagi...(tp novel boleh pulak...hahaha)
mcm mana ni...
ape pon tak prepare lagik...
dh la ade soalan esei..ngeeee....

esok...
abes exam...
kemas2....
balik tak tau lagi....huhu...

tamat kehidupan ku di melaka...
bila nk datang lagi taktau la....
sekarang...tggu result posting je....
jangan la jauh2,mintaknya....