Thursday, March 31, 2011

- overhaul -

dah dua hari timbang berat..adoiii!!dah lebih daripada berat yg paling berat penah dimiliki...kira dah catat sejarah la ni. huhu...payah ni..payah...
macam mana la tak naik.lepas makan je ngantuk..bila dah mengantuk tu, apa lagi?baring la.. udah la kat sekolah pun tak berapa nak aktif macam dulu2..macam mana ni????tulun..tulun... patutla penyakit M tu makin menular. bahaya ni! tengok body sendiri pun dah takut dah...


aiyakkk!!!

Wednesday, March 30, 2011

- Order Linda-done! -

done!
order dari Linda, cikgu CBN 2 untuk babynya dan anak saudara nya yg kembar tarikh lahir..
harap2 Linda berpuas hati.
akan dipos esok selapas sekolah.

|
|
|
|
|

tiba2 rasa tak best bila berada di sekolah. nape ek...?
ni yang tak seronok ni..alamak aiii...

Sunday, March 27, 2011

- suami:bila kita nak merajuk, banyak pulak yang dicakapnya -

baru balik dari jalan2.ingat nk pergi IOI Puchong. tp tadi dah keluar lambat, perut pulak sakit mengugut. cancelled plan terus ke Alamanda pulak. jalan punya jalan, soping punya soping, balik, sampai rumah dah hampir jam 10.00.
ada pulak kain tersidai tak angkat. enAlang ni bukan nak angkat terus, dia terlupa.dah tu mintak aku yang angkat. entah kenapa tetiba teremosi. haih! sekarang ni asik nak ber-emo je... terus rasa nak merajuk dengan dia. tapi.....

time nak merajuk ni la...dia asik nak bercakap je. tanya pasal Mentor ni la. tanya pasal Merlin la.(merujuk kepada rancangan tv malam ini...) pastu tetiba lak cakap I-City best malam2.. rugi pulak tak penah pegi sana. hai... sebelum2 ni tak de pulak nak cakap pasal tu. aku ade je penah ajak dia pegi sana, tapi dia bukannya perasan tu. malas nak layan. mood tgh swing 360 darjah.

tarik muka!



p/s: tapi dalam hati suka jugak sebab dapat kemeja blouse dengan selipar baru..huahuahua...tak malu!!

Wednesday, March 23, 2011

- produk pertama:Alhamdulillah -

produk pertama yang terjual. alhamdulillah.. dan customer pertama itu ialah Kak Lin.yeay!!! haha...poyo2 je.
dah pun diposkan semalam. agaknya hari ni atau esok sampailah ke tangan kak lin di Lawas nun. 1st time buat khidmat pos laju barang ni. kih3... apa2 je la cik dila ni...
harap2 kak lin berpuas hati nak bagi Haziq peluk ek..




lepas ni, oeder untuk Linda plk. 2 bantal 12x12 untuk baby safwan dan baby dayyan.. tunggu!!

Tuesday, March 22, 2011

- udang mentega yang tak menjadi ~~sedih~~ -

dah lama tak masak resepi baru. hari ni teringin pulak. sebenarnya lama dah. tapi baru peluang buat hari ni. tapi yang sedihnya.... tak menjadi pulak. sedihnya...

ye ye je study macam2 resepi. macam2 cara. bila buat sendiri tak menjadi jugak. huwaaa!!!!
tak mo lagi dah buat butter prawn itu!!




p/s: memerah idea untuk design yang comel2. sila muncul!

Sunday, March 13, 2011

- perpisahan ini -

hanya lagu yang menjadi ingatan....

aiceh! tiada kena mengena dengan penulis ya.. cuma rasa tercuit dengan lagu baru dendangan 1st edition featuring aizat ni ha...selalu dah dengar kat hotfm. best! macam nak nasyid sikit2 pun ada. 1st edition ni kalau tak silap group dari rancangan realiti tv3 dulu... rasenye la....

tak pandai nak paste lagu kat blog, so korang cari la sendiri ek.. pakcik google ada. aku paste kan lirik je. hehehe.... enjoy!!!

-Perpisahan Ini-
Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Sunday, March 6, 2011

- COMEL - dot dot atau keychain? -

haluuuu....senyap je dah kan.almaklum dalam proses menenangkan diri. haha...ye la sangat. sebenarnya sibuk sikit sebab bakal dipantau oleh Pegawai dari JPNSel dan PPD Sepang. so, menyiapkan kerja2 yang aptut untuk kelas yang comel itu.huhuhuhu...

sambil2 tu menyibukkan diri dengan hobi baru. entry lepas ada cerita pasal felt kan. haaa.... busy cari supplier, busy men'design' bentuk2 yang comel untuk diterjemah ke bentuk keychain.

alhamdulillah. menjadi lah...

taraaaa!!!

ini pulak bantal bucuk...cuma tersilap pilih kain untuk bantal tu. keras sikit. naseb yang nak peluknya baby tua. kalau baby kecik, mesti sakit. hahaha....
yang ni design belakang. design depan ada kapal terbang untuk enAlang dan kereta comel untuk cikDila...hehehe....

dapat komen memberangsangkan di FB. dan dah dapat order khas dari kak lin untuk si comel Haziq..insyaAllah sedang dipersiapkan.



sambil2 tu jugak...menjenguk2 blog super mommy yang rajin2 masak tu, dapatla resepi cik apam polka dot ni....mana tau dapat jugak jadi super mommy 1 hari nanti. amin....
comel kan...? ok! tema entry kali ini ialah COMEL.. haha...

sebelum dikukus...

dah masuk bekas untuk bekal enAlang. banyak2 tu takkan nak makan berdua je.. bawak tempat kerja dia, confirm habis...

macam telur dinasour pun ada...ngeeee....

Resepi Apam Polka Dot -sumber http://hanamemories.blogspot.com/

Bahan2
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...akak letak 150 ml bancuhan susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
stawberry paste..ikut rase
pewarne

-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
-Picitkan blueberry filling secukupnya.
-Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
-Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama
10-15 minit.

tapi....
aku derhaka buat cara sendiri. pukul telur dulu sampai kembang, baru masukkan ovallete, gula. kemudian barulah masukkan selang seli tepung dengan susu segar. alhamdulillah menjadi.

mms ke emak, terus mak suruh berbisnes..muahahaha.... nk buat untuk sendiri ni pun dah jenuh.uhuk3...tengokla ada rezeki boleh jugak nanti2...